Saturday, October 17, 2009

Rumah Terbuka

Sepanjang syawal banyak sekali rumah terbuka yang diadakan....Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi kepada hambanya untuk dikongsi bersama-sama orang lain....

Setiap hujung minggu pasti akan ada jemputan daripada kawan-kawan (musuh macam mana lak? Tak jemput ke?) untuk menghadiri rumah terbuka mereka. Dan aku pastinya akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi ajakan mereka...Bukan apa rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari...kalau aku tak pergi tu maknanya adalah halangan yang menghalang aku daripada sampai ke rumah mereka....Kebiasaannya apabila ada orang datang rumah maka acara rumah terbuka akan jadi sedikit terganggu...orang nak datang ke rumah tak kan kita nak halang...Apapun tahun ni aku tak buat rumah terbuka sebabnya bukan tak cukup budget tapi disebabkan aku dan suami yang agak sibuk...aku sibuk nak peksa suami pula sibuk dengan kerja...ramai juga rakan-rakan yang tanya bila nak buat rumah terbuka...aikk diorang ni nak tunggu rumah terbuka ke baru nak datang...sabar jelah....

Yang pastinya apabila pergi rumah terbuka ini ialah makanan yang dihidangkan...sedap-sedap makanan yang dihidangkan...ada pelbagai jenis makanan yang disediakan....macam-mana menu yang keluar...kalau yang rajin masak sendiri...kalau yang kurang rajin tempah je kat katering....banyak katering yang ada sekarang ni...sediakan duit dan order sahaja...mau makan apa? semuanya ada disediakan..Bila dah banyak makanan tak kan nak tengok je kan..mestilah mau makan...bukan apa kalau tak makan nanti tuan rumah kecil hati...kalau dah makan semua nak dirasa...bila dah banyak makan berat badan pun naiklah...masa puasa saiz badan M lepas raya saiz naik jadi L...nasib la raya cuma sebulan kalau berbulan-bulan alamatnya daripada M naik XL.....

Apapun seronok ada rumah terbuka ini...kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim....

Jumpa Lagi

Salam dan sejahtera buat semua yang membaca blog ini....Rasanya dah lama tak update blog ini...Bukan apa tak tahu nak cerita apa....ni masuk pun sebab dr normaliza suruh updatekan blog (oppssss dr....... jangan marah je)...Bukan aku tak nak updatekan blog aku ni cuma kekangan masa dan banyak kerja....Lagipun aku kalau nak bercerita dan menulis,
alamatnya satu hari suntuklah aku akan duduk menghadap depan komputer...tapi itu pun belum tentu aku akan mampu untuk bercerita sebaik dr...silap-silap gaya tak de satu pun cerita yang aku post dan akhirnya aku bukan laman web lain...dan akhirnya itulah pasal blog aku dah lama tak update....Rasanya aku nak menuntutlah dengan dr normaliza macam mana dalam sehari dia boleh menulis cerita yang banyak dalam blog (harap-harap dr taklah kenakan pengeras yang banyak)...
ok kawan-kawan semua...
Nak cerita apa lagi ye...tungguuuuu

Tuesday, September 15, 2009

Khasiat Pisang

dalam banyak-banyak buah aku paling suka sekali makan buah pisang. Ada bermacam jenis pisang yang boleh dimakan begitu saje...digoreng atau dibuat pengat. Antara pisang yang menjadi kegemaran aku ialah pisang lemak manis (atau disebut pisang 40 hari), pisang nipah dan pisang nangka. Pisang mempunyai banyak khasiat dan elok dimakan untuk badan menjadi lebih sihat. Di bawah ini aku turunkan beberapa khasiat buah pisang.

Jangan sekali-kali anda menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah. Jadi sesiapa yang ada darah tinggi bolehlah amalkan pemakanan pisang

Kuasa Minda:Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda. Cubalah....

Demam Pagi:Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh. Suamiku belum berjaya lagi melakukannya.

Stres:Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium. Cubalah makan bila anda terasa stress. Insyaallah pasti berkurang stress tu bila makan pisang.

Penyakit Kulit:Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa

Strok:Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!Lain-lain Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
Janganlah kita beranggapan orang yang suka makan pisang ini seperti monyet....kerana banyak khasiat yang terkandung dalam sebiji pisang

Thursday, August 27, 2009

Ragam Si Anak

Babak 1

Seorang anak begitu gembira apabila menerima keputusan peperiksaan penggal pertama. Mana tak gembiranya kerana dia berjaya mendapat nombor satu dalam peperiksaan. Ini bererti dia boleh minta hadiah daripada ibu dan ayahnya. Ini kerana apabila dia berjaya mendapat nombor satu ibu dan ayahnya telah berjanji akan memberi hadiah sebagai tanda galakan kerana dia telah berusaha gigih dalam peperiksaan.


Babak 2

Setelah mendapat keputusan dia terus mengajak ayahnya ke pasar raya untuk membeli hadiah yang diidamkan iaitu sebuah kereta control. Dia telah memilih sebuah kereta control warna merah. Walaupun ayahnya yang membelikan kereta control itu tetapi ibunya yang telah membayar harga kereta control itu. Cerdiknya ayah dia.....Kesian ibu yang menjadi mangsa.


Babak 3

Sampai di rumah dia pun terus bermain dengan kereta control tersebut. Tak sampai seminggu kereta tersebut sudah selamat dikerjakan.Kononnya nak baiki tapi makin teruk jadinya.Maklumlah mekanik tak bertauliah.


Babak 4

Selepas keretanya rosak dia merengek pula kepada ibunya untuk membelikan hamster. katanya sebagai hadiah kerana dia berjaya dalam peperiksaan. Walaupun ibunya mengatakan cukuplah dengan hadiah kereta itu tapi bagi dia hadiah tu daripada ayahnya (walaupun ibu yang keluarkan duit.) Dia terus mendesak agar ibu membelikan hamster untuknya.

Babak 5

Setelah puas dipujuk barulah si ibu bersetuju untuk membelinya dengan syarat dia mesti menjaga dengan baik hamster tersebut.Dia bersetuju dan berjanji akan menjaganya dengan baik. Si ibu pun membeli sepasang hamster untuk anak kesayangannya. Si anak mesti mematuhi syarat yang diberikan iaitu mesti menguruskan hamster tersebut tanpa minta bantuan dari ibu (kalau ayah boleh).

Babak 6

Si anak bersungguh menjaga hamster tersebut. pantang berbau sikit pasti akan ditukar habuk hamsternya. Dia juga memastikan hamsternya cukup makan dan air. Baru-baru ni hamsternya melahirkan anak.Seronoknya dia....Malangnya anak hamster tersebut mati kerana lambat diasingkan dari sangkarnya...Kesiannya. Dia rasa sedih sangat.....





Sunday, August 23, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Alhamdulillah....Sekian lama menunggu kini tibalah kembali bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadan. Walaupun ari ini dah merupakan hari kedua umat Islam menyambut puasa, rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana berada.Syukur kepadamu Tuhan yang masih memberi kesempatan kepadaku untuk sama-sama mengimarahkan bulanmu yang mulia ini. Syukur yang amat sangat kerana aku masih berkesempatan untuk berpuasa.

Tahun ini aku gembira sangat kerana anakku sudah mula berpuasa. maklumlah dia dah berumur 6 tahun dan sampai masanya untuk dia diajar untuk berpuasa. Hari pertama puasa, apabila dikejutkan untuk sahur dia bangun(walaupun agak liat untuk bangun) dan apabila suruh makan dia hanya makan kepak ayam je.Dalam hati aku berkata ni dah macam upin dan ipin je makan ayam waktu bersahur. Habis je makan ayam dia terus tidur. Ok la 2 walaupun cuma makan ayam sekurang-kurangnya dia ada sesuatu untuk alas perut. Apabila waktu dah masuk pukul 2 dia dah mula merengek lapar. Sebelum tu dia dah ajak ayah dia pergi pasar raya. Ayah nya ikut segala kemahuan dia maklumlah orang berpuasa dan nak bagi semangat kat dia yang baru pertama kali belajar puasa.

Macam-macam yang dia beli termasuklah botol susu baru. Angin juga aku bila dia beli botol susu baru. bukan apa membazir je sedangkan botol susu yang dia pakai baru je bulan lepas beli. Anakku tu dah berumur 6 tahun tapi masih hisap botol susu lagi. Nak buat macam mana ikut je lah. Masuk pukul 5 dia ajak pergi bazar ramadan. Masa ini memang dah bising mulut dia lapar. Tengok pulak macam-macam makanan yang ada. Mulanya aku nak suruh dia bertahan maklumlah tinggal 2 jam lagi nak berbuka. Tapi bila mengenangkan dia hanya makan ayam goreng( 2 pun sikit sangat yang dia makan) masa sahur aku pun kesian. Takut lak benda lain yang jadi aku pun suruhlah dia berbuka. mulanya dia tak mahu tapi disebabkan dia dah tak tahan aku suruh gak dia berbuka. Aku cakap ngan dia tak pelah kalu puasa setengah hari pun.
Itulah telatah anakku yang baru pertama kali berpuasa.
Apa-apapun semoga amal ibadah kita pada tahun ini akan diterima.InsyaAllah

Saturday, August 15, 2009

Mencari Redha Ilahi

Aku sering bertanya
Jalan mana harus kulalui
Untuk mencari redha Ilahi
Di kiri kanan semuanya berliku
Mampukah aku untuk melaluinya

Aku sering bertanya
Mampukah aku untuk mencari
Di mana redha Ilahi

Onak dan duri
Bagaikan sembilu yang menghiris
Bagaikan ombak yang menghempas pantai
Lantas membuatkan aku karam kelemasan
Aku terkapai-kapai
Di lautan yang penuh membara ini

Ya Allah
Penciptaku yang Maha Agong
Mampukah aku mencari redhamu
Bagaimana harus ku lakukan
Agar aku sentiasa di dalam redhamu

Wednesday, August 12, 2009

Kursus DOSR Di Pulau Pangkor

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rasanya dah lama aku tak kemaskini blog aku ni. Kali terakhir aku kemaskini pun bulan 5 yang lepas.Itu pun sebab Dr Normaliza yang tetapkan kena hantar berapa post untuk dapatkan markah. Kalau ikutkan aku memang malas nak kemaskini lagipun aku tak tau nak cerita pasal apa.Ini aku kemaskini semula blog aku sebab tugasan dari Dr Normaliza. Apapun terima kasih pada dr sebab kalau tidak kerana dia memang tak kemaskinilah blog aku

Aku nak cerita pasal apa ye?

Baru-baru ini aku telah pergi berkursus di Pulau Pangkor selama 4 hari 3 malam. Kursus ini berkaitan dengan data operasi sekolah rendah. Sepatutnya penolong kanan aku yang pergi tapi disebabkan dia sakit terpaksalah aku ganti maklumlah aku kan anak buah kesayangan dia (ceh perasan). Aku adalah guru data jadi terpaksalah aku ganti dia sebabnya kursus ini berkaitan dengan data. Semua yang pergi ni merupakan penolong kanan di negeri selangor. Aku seorang je guru penolong kiri. Nak buat macam mana belum sampai masa aku untuk jadi penolong kanan (baru berkhidmat setahun jagung dah perasan nak naik pangkat). Ramai ingat aku pergi kursus ini aku pergi makan angin tapi diorang tak tau aku sampai sakit kepala siapkan data. Data sekolah aku taulah tapi kalau melibatkan data sekolah lain manalah aku tau. Kena semak lak untuk 10 buah sekolah lain tak haru jadinya.

Malam pertama je dah mula kerja (ingat boleh nak bersantai-santai maklumlah dah penat dalam perjalanan rupanya tak, kena buat kerja lak). Aku kagum tengok penolong-penolong kanan daerah aku (Hulu Langat) begitu bersemangat menyiapkan kerja yang diberi. Aku apalagi jadi mangsalah kena bantu mereka apabila ada masalah. Tapi semua tu tidak menjadi masalah pada aku.Berkhidmat unuk negara la katakan. Hari ketiga merupakan hari yang agak berserabut dan menyerabutkan. Pada hari ini data-data guru seluruh selangor digabungkan dan banyaklah keluar ralat.Ralat? Apa benda 2? Kalau tanya semua guru data mereka taulah.


Masing-masing tekun menyiapkan kerja yang diberi.
Amboi Kak Nab begitu serius memikirkan masalah negara.

Ralat merupakan kesalahan yang terdapat dalam sistem data.Jadi bila ada ralat kena betulkanlah. Masa nilah setiap daerah berebut cikgu. Maklumlah jika sekolah lama tak buang data guru yang berpindah maka akan bertembunglah data cikgu tersebut dengan sekolah baru. Jadi berebutlah di mana cikgu 2 berada. Banyaklah ralat yang keluar termasuklah dari daerah aku. Macam-macam kesalahan yang keluar. Aku yang dah biasa dengan ralat ni relaks la tapi akak-akak aku ni cemas semacam dan kelam kabut mencari maklumat yang betul. Masing-masing menjaga data untuk 10 buah sekolah jadi bila ada ralat mereka akan lihatlah sekolah mana yang kena. Siap telefon ke sekolah lagi. Itu lah pengorbanan yang terpaksa dilakukan.Aku pun termasuklah sekali.Habis topup aku. Bila pergi bengkel data mesti kenalah sediakan kredit telefon yang mencukupi. Tapi dalam sibuk menyiapkan kerja sempat gak lah aku pergi memborong ikan bilis. Sedapnya ikan bilis bila buat jemput-jemput.
Aku ingat abis kursus habislah kerja. Rupanya tak. Esok aku dan guru-guru data daerah hulu langat berkumpul untuk mengemaskini data untuk DOSR ini supaya bulan 10 nanti penolong-penolong kanan ini akan membawa data yang terkini dan lengkap bagi setiap sekolah. Pening kepala bila memikirkan data.





Peserta-peserta kursus DOSR daerah Hulu Langat