Thursday, April 30, 2009

Jalan Menuju Allah


Aku impikan diriku
Yang sentiasa ghairah bertasbih
Mengadu rindu kepadaNya
MengasihiNya sepenuh jiwa
dan raga
mencintaiNya sekuat hati

Aku impikan diriku
Yang sentiasa mengalirkan
air mata
Akibat rindunya aku kepada
penciptaku
Akibat malunya aku kerana sering
berbuat maksiat
Akibat segannya aku kerana
sering menipu
Kecintaanku kepadaNya
Aku impikan diriku
Yang hatinya sentiasa bergetar
Apabila nama Tuhanku disebut
Jantungku berdegup kencang
Bila disebut azabnya
Tetapi tenang semula
Bila dicerita kasih sayangNya
Yang Maha Luas

Aku impikan diriku
Yang sentiasa bertawakal padaNya
Yang Maha Mengetahui apa yang
terbaik buat diriku
Maha Suci dari menzalimiku
Kerana Dia penciptaku
Yang penuh dengan kecintaan
kepada makhluknya






Wednesday, April 29, 2009

Peribadi Diri Anda Melalui Hari lahir....

Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.


Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.


Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em¿bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.

Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no. 9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

hanya suatu kajian shj... jgn terlalu percaya 100%.. hanya sebagai panduan shj*

Tuesday, April 28, 2009

Aku Dan Novel

Baru-baru ni aku sempat ke Pesta Buku 2009 yang diadakan di PWTC. Banyaknya buku sampai aku tak tahu nak pilih yang mana satu...Dalam rambang mata melihat buku sempatlah aku membeli beberapa buah novel (tentunya untuk aku) dan buku cerita (yang ni pulak untuk si bujang kesayanganku). Pastinya salah satu novel yang menjadi koleksi aku ialah hasil karya Faisal Tehrani....aku tak tahulah kenapa sekarang ni aku rasa cam dah jatuh cinta dengannya...(opps bukan jatuh cinta dengan orangnya tetapi hasil karya beliau). Novelnya yang paling aku suka ialah Tunggu Teduh Dulu...Tapi sekarang ni aku bukan nak cerita pasal novel itu tapi aku nak cerita pasal novel Faisal Tehrani yang aku baru beli ni..Tajuknya KETUPAT CINTA....Dalam sibuk menyiapkan tugasan aku masih sempat mencuri sedikit masa untuk membaca...Bak kata orang untuk merehatkan minda...Dikesempatan ini aku ingin berkongsi serba sedikit tentang novel ini.

Musim pertama Ketupat Cinta menampilkan ilmu gastronomi Melayu-Islam. Sebuah karya satira mengenai politik dapur, sarat humor, dan kontroversi. Ia berlatarbelakangkan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Watak utamanya adalah Tun Lepat. Beliau adalah seorang tukang masak yang terulung di istana Melaka.Cubalah baca...pasti anda juga akan tertarik dengan novel ini. Pokok bicara bukan sekadar jalan-jalan cari makan tetapi apa falsafah pada makanan itulah yang bermakna sekali.

Antara Kerjaya Dan Pelajaran

Aduh....peningnya kepala aku....banyak tugasan yang belum aku sempurnakan....
terutamanya tugasan untuk Bahasa dalam Multimedia ni....Belum abis satu tugasan Dr Normaliza dah bagi tugasan yang lain...Dahlah semua ni benda yang biarpun bukan baru tapi x pernah dibuat dek aku....itu yang rasa tension gak....maklumlah nk kata pandai komputer tak berapa pandai....

Kat sekolah lak banyaknya nak kene wat...nak siapkan data....Pats la....kene hadiri program LADAP....nak tanda buku murid-murid.....dah beberapa minggu kene sekolah 6 hari.....letih rasanya....esok kat sekolah ada taklimat perancangan pelan stategik lak....menambah keje lagi la nampaknya.....

Kadangkala aku rasa dah penat nak buat semua ini TAPI
Suka atau tidak semua tu nak kene siapkan.....

Tolong!!!!!!! Ada sesiapa nak buat keje untuk aku?
Alamatnya aku kene siapkan la sendiri

DENGARLAH ANAKKU


Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah

Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding


Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya

Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang

Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri

Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat

Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga

Friday, April 17, 2009

keluarga bahagia







Anak Kesayanganku









Nama anakku kesayanganku ialah Muhammad Haikal... Kini dia berusia 6 tahun.....Haikal seorang anak yang manja dan kuat merajuk.....Dia juga seorang yang kuat makan.....
Walaupun sering membuat diriku naik angin dengan kerenahnya tapi dia adalah segalanya dalam hidup aku....

















Petua Orang lama-lama

Petua untuk mencantikkan kulit muka
1. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

2. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air bolehn digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin.

Kenangan Terindah





Inilah kenangan terindah sewaktu mengikuti lawatan ke Sarawak. Terima kasih teman-teman kerana menghadiahiku satu pengalaman yang sungguh menarik.

Bulan Kelahiran



* APRIL *
*Sangat aktif dan dinamik.* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.*
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.* Punya daya mental yang sangat kuat.* Suka diberi
perhatian.* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).* Berkawan dan pandai menyelesaikan
masalah orang.* Sangat berani dan tiada perasaan takut.* Suka perkara yang mencabar,
pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.* Emosi cepat terusik.* Cuba kawal
perasaan.* Kecenderungan bersifat pendendam.* Agresif dan kelam kabut dalam membuat
keputusan.* Kuat daya ingatan.* Gerak hati yang sangat kuat.* Pandai mendorong diri sendiri
dan memotivasikan orang lain.* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.* Sangat cemburu dan
terlalu cemburu

Test Keperibadian Anda

Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda.Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal.

Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat:
7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri,
terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah.
Buah-buahan tersebut terdiri daripada:
a. epal
b. pisang
c. jeruk
d. mangga
e. rambutan
f. papaya

Buah manakah yang akan anda pilih?Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.(JGN TGK JAWAPAN DI BAWAH DULU... ... PILIH DULU BUAH APA... ... )))



Ini dia jawapannya...
a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal
b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang
c. jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk
d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga
e. jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan
f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya

ader ke... hehehehheh... ... hehehee... tipah tertipu .. hehehee..tak kan nak kena sorang pi le hantaq kat org lain...

Cuma 15 minit sahaja

kata nabi saw

siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,
dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

sampaikanlah pesanan daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

Thursday, April 16, 2009

Tentang aku

Inilah kisahku.

Aku dilahirkan pada 20 Nov 1978 oleh ibuku di hospital Angkatan tentera terendak kem Melaka. Aku merupakan puteri sulung dalam keluarga bahagia Puan Rosnani bt Abu Bakar dan Encik salleh bin yusof...
Aku mendapat pendidikan awal di SK Kemayan pahang sebelum menyambung pelajaran menengahku di SM Ghafar Baba, Masjid Tanah Melaka. Aku kemudian mengikuti pengajian dalam bidang perguruan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. .....
Sekolah pertama yang aku mengajar ialah SK Bukit Puchong Triang Pahang......
kini aku mengajar di SK Beranang dan menyambung pelajaranku di UPM dalam bidang bahasa dan linguistik Melayu.....