Thursday, August 27, 2009

Ragam Si Anak

Babak 1

Seorang anak begitu gembira apabila menerima keputusan peperiksaan penggal pertama. Mana tak gembiranya kerana dia berjaya mendapat nombor satu dalam peperiksaan. Ini bererti dia boleh minta hadiah daripada ibu dan ayahnya. Ini kerana apabila dia berjaya mendapat nombor satu ibu dan ayahnya telah berjanji akan memberi hadiah sebagai tanda galakan kerana dia telah berusaha gigih dalam peperiksaan.


Babak 2

Setelah mendapat keputusan dia terus mengajak ayahnya ke pasar raya untuk membeli hadiah yang diidamkan iaitu sebuah kereta control. Dia telah memilih sebuah kereta control warna merah. Walaupun ayahnya yang membelikan kereta control itu tetapi ibunya yang telah membayar harga kereta control itu. Cerdiknya ayah dia.....Kesian ibu yang menjadi mangsa.


Babak 3

Sampai di rumah dia pun terus bermain dengan kereta control tersebut. Tak sampai seminggu kereta tersebut sudah selamat dikerjakan.Kononnya nak baiki tapi makin teruk jadinya.Maklumlah mekanik tak bertauliah.


Babak 4

Selepas keretanya rosak dia merengek pula kepada ibunya untuk membelikan hamster. katanya sebagai hadiah kerana dia berjaya dalam peperiksaan. Walaupun ibunya mengatakan cukuplah dengan hadiah kereta itu tapi bagi dia hadiah tu daripada ayahnya (walaupun ibu yang keluarkan duit.) Dia terus mendesak agar ibu membelikan hamster untuknya.

Babak 5

Setelah puas dipujuk barulah si ibu bersetuju untuk membelinya dengan syarat dia mesti menjaga dengan baik hamster tersebut.Dia bersetuju dan berjanji akan menjaganya dengan baik. Si ibu pun membeli sepasang hamster untuk anak kesayangannya. Si anak mesti mematuhi syarat yang diberikan iaitu mesti menguruskan hamster tersebut tanpa minta bantuan dari ibu (kalau ayah boleh).

Babak 6

Si anak bersungguh menjaga hamster tersebut. pantang berbau sikit pasti akan ditukar habuk hamsternya. Dia juga memastikan hamsternya cukup makan dan air. Baru-baru ni hamsternya melahirkan anak.Seronoknya dia....Malangnya anak hamster tersebut mati kerana lambat diasingkan dari sangkarnya...Kesiannya. Dia rasa sedih sangat.....





Sunday, August 23, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Alhamdulillah....Sekian lama menunggu kini tibalah kembali bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadan. Walaupun ari ini dah merupakan hari kedua umat Islam menyambut puasa, rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana berada.Syukur kepadamu Tuhan yang masih memberi kesempatan kepadaku untuk sama-sama mengimarahkan bulanmu yang mulia ini. Syukur yang amat sangat kerana aku masih berkesempatan untuk berpuasa.

Tahun ini aku gembira sangat kerana anakku sudah mula berpuasa. maklumlah dia dah berumur 6 tahun dan sampai masanya untuk dia diajar untuk berpuasa. Hari pertama puasa, apabila dikejutkan untuk sahur dia bangun(walaupun agak liat untuk bangun) dan apabila suruh makan dia hanya makan kepak ayam je.Dalam hati aku berkata ni dah macam upin dan ipin je makan ayam waktu bersahur. Habis je makan ayam dia terus tidur. Ok la 2 walaupun cuma makan ayam sekurang-kurangnya dia ada sesuatu untuk alas perut. Apabila waktu dah masuk pukul 2 dia dah mula merengek lapar. Sebelum tu dia dah ajak ayah dia pergi pasar raya. Ayah nya ikut segala kemahuan dia maklumlah orang berpuasa dan nak bagi semangat kat dia yang baru pertama kali belajar puasa.

Macam-macam yang dia beli termasuklah botol susu baru. Angin juga aku bila dia beli botol susu baru. bukan apa membazir je sedangkan botol susu yang dia pakai baru je bulan lepas beli. Anakku tu dah berumur 6 tahun tapi masih hisap botol susu lagi. Nak buat macam mana ikut je lah. Masuk pukul 5 dia ajak pergi bazar ramadan. Masa ini memang dah bising mulut dia lapar. Tengok pulak macam-macam makanan yang ada. Mulanya aku nak suruh dia bertahan maklumlah tinggal 2 jam lagi nak berbuka. Tapi bila mengenangkan dia hanya makan ayam goreng( 2 pun sikit sangat yang dia makan) masa sahur aku pun kesian. Takut lak benda lain yang jadi aku pun suruhlah dia berbuka. mulanya dia tak mahu tapi disebabkan dia dah tak tahan aku suruh gak dia berbuka. Aku cakap ngan dia tak pelah kalu puasa setengah hari pun.
Itulah telatah anakku yang baru pertama kali berpuasa.
Apa-apapun semoga amal ibadah kita pada tahun ini akan diterima.InsyaAllah

Saturday, August 15, 2009

Mencari Redha Ilahi

Aku sering bertanya
Jalan mana harus kulalui
Untuk mencari redha Ilahi
Di kiri kanan semuanya berliku
Mampukah aku untuk melaluinya

Aku sering bertanya
Mampukah aku untuk mencari
Di mana redha Ilahi

Onak dan duri
Bagaikan sembilu yang menghiris
Bagaikan ombak yang menghempas pantai
Lantas membuatkan aku karam kelemasan
Aku terkapai-kapai
Di lautan yang penuh membara ini

Ya Allah
Penciptaku yang Maha Agong
Mampukah aku mencari redhamu
Bagaimana harus ku lakukan
Agar aku sentiasa di dalam redhamu

Wednesday, August 12, 2009

Kursus DOSR Di Pulau Pangkor

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rasanya dah lama aku tak kemaskini blog aku ni. Kali terakhir aku kemaskini pun bulan 5 yang lepas.Itu pun sebab Dr Normaliza yang tetapkan kena hantar berapa post untuk dapatkan markah. Kalau ikutkan aku memang malas nak kemaskini lagipun aku tak tau nak cerita pasal apa.Ini aku kemaskini semula blog aku sebab tugasan dari Dr Normaliza. Apapun terima kasih pada dr sebab kalau tidak kerana dia memang tak kemaskinilah blog aku

Aku nak cerita pasal apa ye?

Baru-baru ini aku telah pergi berkursus di Pulau Pangkor selama 4 hari 3 malam. Kursus ini berkaitan dengan data operasi sekolah rendah. Sepatutnya penolong kanan aku yang pergi tapi disebabkan dia sakit terpaksalah aku ganti maklumlah aku kan anak buah kesayangan dia (ceh perasan). Aku adalah guru data jadi terpaksalah aku ganti dia sebabnya kursus ini berkaitan dengan data. Semua yang pergi ni merupakan penolong kanan di negeri selangor. Aku seorang je guru penolong kiri. Nak buat macam mana belum sampai masa aku untuk jadi penolong kanan (baru berkhidmat setahun jagung dah perasan nak naik pangkat). Ramai ingat aku pergi kursus ini aku pergi makan angin tapi diorang tak tau aku sampai sakit kepala siapkan data. Data sekolah aku taulah tapi kalau melibatkan data sekolah lain manalah aku tau. Kena semak lak untuk 10 buah sekolah lain tak haru jadinya.

Malam pertama je dah mula kerja (ingat boleh nak bersantai-santai maklumlah dah penat dalam perjalanan rupanya tak, kena buat kerja lak). Aku kagum tengok penolong-penolong kanan daerah aku (Hulu Langat) begitu bersemangat menyiapkan kerja yang diberi. Aku apalagi jadi mangsalah kena bantu mereka apabila ada masalah. Tapi semua tu tidak menjadi masalah pada aku.Berkhidmat unuk negara la katakan. Hari ketiga merupakan hari yang agak berserabut dan menyerabutkan. Pada hari ini data-data guru seluruh selangor digabungkan dan banyaklah keluar ralat.Ralat? Apa benda 2? Kalau tanya semua guru data mereka taulah.


Masing-masing tekun menyiapkan kerja yang diberi.
Amboi Kak Nab begitu serius memikirkan masalah negara.

Ralat merupakan kesalahan yang terdapat dalam sistem data.Jadi bila ada ralat kena betulkanlah. Masa nilah setiap daerah berebut cikgu. Maklumlah jika sekolah lama tak buang data guru yang berpindah maka akan bertembunglah data cikgu tersebut dengan sekolah baru. Jadi berebutlah di mana cikgu 2 berada. Banyaklah ralat yang keluar termasuklah dari daerah aku. Macam-macam kesalahan yang keluar. Aku yang dah biasa dengan ralat ni relaks la tapi akak-akak aku ni cemas semacam dan kelam kabut mencari maklumat yang betul. Masing-masing menjaga data untuk 10 buah sekolah jadi bila ada ralat mereka akan lihatlah sekolah mana yang kena. Siap telefon ke sekolah lagi. Itu lah pengorbanan yang terpaksa dilakukan.Aku pun termasuklah sekali.Habis topup aku. Bila pergi bengkel data mesti kenalah sediakan kredit telefon yang mencukupi. Tapi dalam sibuk menyiapkan kerja sempat gak lah aku pergi memborong ikan bilis. Sedapnya ikan bilis bila buat jemput-jemput.
Aku ingat abis kursus habislah kerja. Rupanya tak. Esok aku dan guru-guru data daerah hulu langat berkumpul untuk mengemaskini data untuk DOSR ini supaya bulan 10 nanti penolong-penolong kanan ini akan membawa data yang terkini dan lengkap bagi setiap sekolah. Pening kepala bila memikirkan data.





Peserta-peserta kursus DOSR daerah Hulu Langat