Thursday, August 27, 2009

Ragam Si Anak

Babak 1

Seorang anak begitu gembira apabila menerima keputusan peperiksaan penggal pertama. Mana tak gembiranya kerana dia berjaya mendapat nombor satu dalam peperiksaan. Ini bererti dia boleh minta hadiah daripada ibu dan ayahnya. Ini kerana apabila dia berjaya mendapat nombor satu ibu dan ayahnya telah berjanji akan memberi hadiah sebagai tanda galakan kerana dia telah berusaha gigih dalam peperiksaan.


Babak 2

Setelah mendapat keputusan dia terus mengajak ayahnya ke pasar raya untuk membeli hadiah yang diidamkan iaitu sebuah kereta control. Dia telah memilih sebuah kereta control warna merah. Walaupun ayahnya yang membelikan kereta control itu tetapi ibunya yang telah membayar harga kereta control itu. Cerdiknya ayah dia.....Kesian ibu yang menjadi mangsa.


Babak 3

Sampai di rumah dia pun terus bermain dengan kereta control tersebut. Tak sampai seminggu kereta tersebut sudah selamat dikerjakan.Kononnya nak baiki tapi makin teruk jadinya.Maklumlah mekanik tak bertauliah.


Babak 4

Selepas keretanya rosak dia merengek pula kepada ibunya untuk membelikan hamster. katanya sebagai hadiah kerana dia berjaya dalam peperiksaan. Walaupun ibunya mengatakan cukuplah dengan hadiah kereta itu tapi bagi dia hadiah tu daripada ayahnya (walaupun ibu yang keluarkan duit.) Dia terus mendesak agar ibu membelikan hamster untuknya.

Babak 5

Setelah puas dipujuk barulah si ibu bersetuju untuk membelinya dengan syarat dia mesti menjaga dengan baik hamster tersebut.Dia bersetuju dan berjanji akan menjaganya dengan baik. Si ibu pun membeli sepasang hamster untuk anak kesayangannya. Si anak mesti mematuhi syarat yang diberikan iaitu mesti menguruskan hamster tersebut tanpa minta bantuan dari ibu (kalau ayah boleh).

Babak 6

Si anak bersungguh menjaga hamster tersebut. pantang berbau sikit pasti akan ditukar habuk hamsternya. Dia juga memastikan hamsternya cukup makan dan air. Baru-baru ni hamsternya melahirkan anak.Seronoknya dia....Malangnya anak hamster tersebut mati kerana lambat diasingkan dari sangkarnya...Kesiannya. Dia rasa sedih sangat.....





6 comments:

  1. anak boleh dimanjakan tapi jangan selalu..
    ingat..
    biar anak menangis,
    jangan ibu yang menangis.

    ReplyDelete
  2. Alahai...tulah dia kan. Anak seorang, sama macam aku, apa nak semua dapat. Walau macamanapun tugas kita mendidik yang betul walaupun semua benda dia dapat biarlah berpada dan ada nilai pengajarannya.

    Sue : hamster tu bila lahirkan anak, kita ni manusia jangan usik-usik badan ananknya nanti bila induknya hidu dia ingat bau lain. Tu yang kadang-kadang tu ada yang makan sebab anaknya tu dah ada bau lain. Biar letak skali ngan maknya untuk bagi susu.

    ReplyDelete
  3. Bukan senang nak mendidik anak, lebih-lebih lagi biasanya ibu atau bapa yang akan rasa sakit dulu walaupun rotan tu belum lagi kena pada badan anak.

    Perlu ada banyak banyak banyak dan banyak ......kesabaran.

    ReplyDelete
  4. perangai anak-anak sekarang memang banyak, keadaan ini kita pun biasa lihat di sekolah. sebagai orang luar, kita tak boleh katakan apa-apa kerana ada anak-anak yang meminta, ibu bapa yang sanggup berkorban.

    ReplyDelete
  5. Bertuah si anak iru. Bertuah juga pasangan yang memiliki anak yang bijak dan pandai dalam pelajaran dan pandai menguruskan haiwan peliharaan yang merupakan kelas tak formalnya menghadapi dunia ini.

    ReplyDelete
  6. bagus betul anak su...kecil2 lagi dah pandai jaga hamster. tak pe tu sebagai latihan bagaimana nak jaga adik nanti...hehehe

    ReplyDelete