Sunday, August 23, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Alhamdulillah....Sekian lama menunggu kini tibalah kembali bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadan. Walaupun ari ini dah merupakan hari kedua umat Islam menyambut puasa, rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana berada.Syukur kepadamu Tuhan yang masih memberi kesempatan kepadaku untuk sama-sama mengimarahkan bulanmu yang mulia ini. Syukur yang amat sangat kerana aku masih berkesempatan untuk berpuasa.

Tahun ini aku gembira sangat kerana anakku sudah mula berpuasa. maklumlah dia dah berumur 6 tahun dan sampai masanya untuk dia diajar untuk berpuasa. Hari pertama puasa, apabila dikejutkan untuk sahur dia bangun(walaupun agak liat untuk bangun) dan apabila suruh makan dia hanya makan kepak ayam je.Dalam hati aku berkata ni dah macam upin dan ipin je makan ayam waktu bersahur. Habis je makan ayam dia terus tidur. Ok la 2 walaupun cuma makan ayam sekurang-kurangnya dia ada sesuatu untuk alas perut. Apabila waktu dah masuk pukul 2 dia dah mula merengek lapar. Sebelum tu dia dah ajak ayah dia pergi pasar raya. Ayah nya ikut segala kemahuan dia maklumlah orang berpuasa dan nak bagi semangat kat dia yang baru pertama kali belajar puasa.

Macam-macam yang dia beli termasuklah botol susu baru. Angin juga aku bila dia beli botol susu baru. bukan apa membazir je sedangkan botol susu yang dia pakai baru je bulan lepas beli. Anakku tu dah berumur 6 tahun tapi masih hisap botol susu lagi. Nak buat macam mana ikut je lah. Masuk pukul 5 dia ajak pergi bazar ramadan. Masa ini memang dah bising mulut dia lapar. Tengok pulak macam-macam makanan yang ada. Mulanya aku nak suruh dia bertahan maklumlah tinggal 2 jam lagi nak berbuka. Tapi bila mengenangkan dia hanya makan ayam goreng( 2 pun sikit sangat yang dia makan) masa sahur aku pun kesian. Takut lak benda lain yang jadi aku pun suruhlah dia berbuka. mulanya dia tak mahu tapi disebabkan dia dah tak tahan aku suruh gak dia berbuka. Aku cakap ngan dia tak pelah kalu puasa setengah hari pun.
Itulah telatah anakku yang baru pertama kali berpuasa.
Apa-apapun semoga amal ibadah kita pada tahun ini akan diterima.InsyaAllah

8 comments:

  1. Su, selamat menyambut ramadhan juga daripada akak sekeluarga. Seronokkan melihat anak membesar di depan mata dengan membawa cerita-cerita yang berbagai rupa. Tak pelah anak su dapat berpuasa sekerat hari je. Lagipun umur dia kan baru enam tahun. Kitapun dulu-dulu puasa sekerat jugakan...Akak ingat lagi, kalau orang puasa 30 hari, akak cuma dapat 15 hari je sebab setengah + setengah...kekekek

    Akak ada satu petua nak bagi anak su berhenti menyusu botol...kena ada adik. Betul petua ini berkesan. Selamat beramal....hihihik.

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut ramadhan al mubarak. Moga2 posa cukup. Anak akakpun mula berposa dari umur 6 thn, tp dia tak ada posa setengah+setengah. Mula dari posa pertama dia, akak jaga semua tertib posa. Mandi, tidur semua akak pantau sbb takut nakal cam ibu dia masa kecik. Akak buat teknik camni, hari ini dia posa, esok tak posa, lusa posa, tulat tak posa. Akhirnya dpt juga dia posa 10 hari. Hari2 last, tak posa sbb byk godaan biskut raya yg berbalang2 tu. Apa taknyer dia nmpak atas almari dapur ibu dia. Mana boleh tahan. Jom jengok blog akak(baru nk cuba). From SK Bdr Rinching with luv.

    ReplyDelete
  3. Thanks kak huda n kak dilla coz sudi menjengah blog yang x seberape ni....

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak(tiru ayat Huda).Bila sebut pasal puasa di bulan ramadhan ni gee teringat kata-kata arwah mak. Tahun ni kita berpuasa...entah tahun depan dapat lagi berjumpa dan berpeluang berpuasa lagi....Kata2 ni buat gee insaf....al-maklum la kalau cuti puasa tu kadang terlajak satu atau dua hari...sejak hari tu sampai sekarang...kalau cuti tu nak cepat2 habis supaya dapat sambung puasa kembali..itu je gee nak cite..takde idea dah

    ReplyDelete
  5. Semangat 1 Malaysia memang terserlah apabila musim perayaan tiba. Masa itu jugalah semua orang berpakat, bukan apa...berpakat ke rumah terbuka.

    Eloknya, situasi sebetulnya adalah kita hidup secara harmoni dan bermuafakat biar di mana jua, bila-bila masa saja. Apa-apa pun, Ooi nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kawan yang beragama Islam. Banyak-banyak bersabar di bulan Ramadhan, kerana bulan Syawal akan menjelma.

    p/s: Ooi hanya tahu bulan Ramadhan dan Syawal saja, jgn marah.. sebab selalu dengar lagu raya, tahulah sikit-sikit. (huhu, memang sikit pun..)

    ReplyDelete
  6. Hon rasa anak Haini hebat juga sebab makan 2 ayam goreng saja boleh bertahan dan berpuasa untuk sehari, lebih-lebih lagi dia tu kali pertama berpuasa.

    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  7. memang kagun dengan anak kak..
    budak 6 tahun tahun saja mula berpuasa...kalau bagi saya pun tak larat untuk bertahan ..

    selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  8. Saat paling getir melatih anak2 berpuasa apabila mereka merengek lapar....
    Bayangkan dapur kita ada pelbagai juadah tapi tak dapat nak bagi anak makan??? Oh, teguhkanlah enkau wahai Iman!!!!!
    Bayangkan pula ibu-ibu yang tak punya suatu apapun untuk disuapkanke mulut anak tatkala mereka menangis kelaparan!!!
    Ya Allah berikan kami kekuatan walau di mana pun kedudukan kami......

    ReplyDelete