Tuesday, September 15, 2009

Khasiat Pisang

dalam banyak-banyak buah aku paling suka sekali makan buah pisang. Ada bermacam jenis pisang yang boleh dimakan begitu saje...digoreng atau dibuat pengat. Antara pisang yang menjadi kegemaran aku ialah pisang lemak manis (atau disebut pisang 40 hari), pisang nipah dan pisang nangka. Pisang mempunyai banyak khasiat dan elok dimakan untuk badan menjadi lebih sihat. Di bawah ini aku turunkan beberapa khasiat buah pisang.

Jangan sekali-kali anda menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah. Jadi sesiapa yang ada darah tinggi bolehlah amalkan pemakanan pisang

Kuasa Minda:Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda. Cubalah....

Demam Pagi:Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh. Suamiku belum berjaya lagi melakukannya.

Stres:Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium. Cubalah makan bila anda terasa stress. Insyaallah pasti berkurang stress tu bila makan pisang.

Penyakit Kulit:Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa

Strok:Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!Lain-lain Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
Janganlah kita beranggapan orang yang suka makan pisang ini seperti monyet....kerana banyak khasiat yang terkandung dalam sebiji pisang

6 comments:

  1. akak suka makan pisang goreng terutama pisang nipah. memang suka betul-betul sehingga makan sampai kenyang...tak perlu makan nasi... walaupun tahu yg goreng-goreng tu tak baik untuk kesihatan...pisang mentah tak berapa suka sangat kecuali pisang emas dibawa belayar je...

    ReplyDelete
  2. Saya suka makan kek pisang.. best gilerr...
    Pertama kali nak buat kek pisang, bukan main happy.. Semua bahan nampaknya dah sebati, pisang yang di'lenyek' pun dah dimasukkan. Lepas tu, tambahlah perasa pisang, bukan camca kecil, tapi camca besar (ingatkan lagi banyak, lagi wangi..)
    Hmmm... kek dah masak. Tapi, pahit... Rupa-rupanya, pisang-pisang itu sudah memadai, tak perlu perisa pisang.

    ReplyDelete
  3. Saya juga sukan makan pisang terutamanya goreng pisang. Sedap rasanya. Tetapi setiap kali makan, akibatnya perlu memakan ubat. Tambah-tambah lagi, pisang mengandungi karbon hirat. Ia tidak boleh makan banyak, kalau tidak badan akan jadi gemuk.

    ReplyDelete
  4. Pisang dan pisang goreng kedua-duanya sedap. Tak perlu beli pisang kalau nak makan kerana bapa saya banyak tanam pisang. Pisang goreng saja kena beli sebab lebih mudah.

    ReplyDelete
  5. memang pisang berkhasiat untuk kita ...
    tapi ia tidak digalakan makan banyak kerana perut kita akan ada "banyak angin" nanti !!

    ReplyDelete
  6. Wah, rasa baca artikal daripada pakar pemakanan. Memang akak kagum dengan khasiat yang terdapat dalam buah pisang. Lepas ni kene ada pisang sentiasa atas meja makan agar anak-anak boleh makannya pada bila-bila masa. Tq atas sumber maklumat yang berguna tersebut.Akak pun dengan bangga menyuruh anak 'Kak Yang'membeli pisang di pasar tani. Eh-eh Mamat pulak menyampuk, "Pisang tu makanan monyetlah.." Hai nak kene eksplain lak kat mamat ni....

    ReplyDelete