SELAMAT HARI PEKERJA
1 Mei merupakan 1 hari yang diiktiraf sebagai hari untuk pekerja dan pada hari ini juga diumumkan sebagai cuti umum di Malaysia. Ini bermakna pada hari ini pekerja-pekerja di sektor awam mahupun swasta akan bercuti. Sebagai pekerja berat sebenarnya tugas kita kerana hasil dari pekerjaan yang kita lakukan kita akan mendapat sumber rezeki untuk diri dan keluarga. Kadang kala dalam melaksanakan tugas yang diberi kita alpa dan leka sehingga menyebabkan kita mendapat rezeki yang tidak berkat. Oleh itu marilah kita melakukan tugas yang diberi dengan ikhlas dan penuh amanah agar rezeki yang kita dapat berkat dan sentiasa dirahmati Allah....InsyaAllah.
Amanah dalam Pekerjaan
Setiap pekerja mestilah sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kurniaanNya itu. Seorang staff yang muslim mestilah berusaha sedaya yang mungkin untuk menjadi seorang yang cemerlang dan profesional dalam bidangnya. Kecemerlangan dan keprofesionalan bukan untuk staff akademik sahaja, malah untuk semua staff. Seorang kerani dia boleh menjadi kerani yang profesioanal, seorang mekanik juga boleh menjadi mekanik yang profesianal dan seorang tukang sapu pun boleh menjadi seorang tukang sapu yang profesional.
Asas yang paling utama di dalam kecemerlangan dan keprofesionalan pekerjaan, bergantung kepada penunaian amanah dan tangungjawab yang diberikan. Sekiranya seorang staff itu cuai dalam menunaikan amanah bermakna dia seorang yang gagal, terkebelakang dan akan dipersoalkan nanti di akhirat.
(sekadar renungan)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment