Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rasanya dah lama aku tak kemaskini blog aku ni. Kali terakhir aku kemaskini pun bulan 5 yang lepas.Itu pun sebab Dr Normaliza yang tetapkan kena hantar berapa post untuk dapatkan markah. Kalau ikutkan aku memang malas nak kemaskini lagipun aku tak tau nak cerita pasal apa.Ini aku kemaskini semula blog aku sebab tugasan dari Dr Normaliza. Apapun terima kasih pada dr sebab kalau tidak kerana dia memang tak kemaskinilah blog aku
Aku nak cerita pasal apa ye?
Baru-baru ini aku telah pergi berkursus di Pulau Pangkor selama 4 hari 3 malam. Kursus ini berkaitan dengan data operasi sekolah rendah. Sepatutnya penolong kanan aku yang pergi tapi disebabkan dia sakit terpaksalah aku ganti maklumlah aku kan anak buah kesayangan dia (ceh perasan). Aku adalah guru data jadi terpaksalah aku ganti dia sebabnya kursus ini berkaitan dengan data. Semua yang pergi ni merupakan penolong kanan di negeri selangor. Aku seorang je guru penolong kiri. Nak buat macam mana belum sampai masa aku untuk jadi penolong kanan (baru berkhidmat setahun jagung dah perasan nak naik pangkat). Ramai ingat aku pergi kursus ini aku pergi makan angin tapi diorang tak tau aku sampai sakit kepala siapkan data. Data sekolah aku taulah tapi kalau melibatkan data sekolah lain manalah aku tau. Kena semak lak untuk 10 buah sekolah lain tak haru jadinya.
Malam pertama je dah mula kerja (ingat boleh nak bersantai-santai maklumlah dah penat dalam perjalanan rupanya tak, kena buat kerja lak). Aku kagum tengok penolong-penolong kanan daerah aku (Hulu Langat) begitu bersemangat menyiapkan kerja yang diberi. Aku apalagi jadi mangsalah kena bantu mereka apabila ada masalah. Tapi semua tu tidak menjadi masalah pada aku.Berkhidmat unuk negara la katakan. Hari ketiga merupakan hari yang agak berserabut dan menyerabutkan. Pada hari ini data-data guru seluruh selangor digabungkan dan banyaklah keluar ralat.Ralat? Apa benda 2? Kalau tanya semua guru data mereka taulah.
Masing-masing tekun menyiapkan kerja yang diberi.
Amboi Kak Nab begitu serius memikirkan masalah negara.
Ralat merupakan kesalahan yang terdapat dalam sistem data.Jadi bila ada ralat kena betulkanlah. Masa nilah setiap daerah berebut cikgu. Maklumlah jika sekolah lama tak buang data guru yang berpindah maka akan bertembunglah data cikgu tersebut dengan sekolah baru. Jadi berebutlah di mana cikgu 2 berada. Banyaklah ralat yang keluar termasuklah dari daerah aku. Macam-macam kesalahan yang keluar. Aku yang dah biasa dengan ralat ni relaks la tapi akak-akak aku ni cemas semacam dan kelam kabut mencari maklumat yang betul. Masing-masing menjaga data untuk 10 buah sekolah jadi bila ada ralat mereka akan lihatlah sekolah mana yang kena. Siap telefon ke sekolah lagi. Itu lah pengorbanan yang terpaksa dilakukan.Aku pun termasuklah sekali.Habis topup aku. Bila pergi bengkel data mesti kenalah sediakan kredit telefon yang mencukupi. Tapi dalam sibuk menyiapkan kerja sempat gak lah aku pergi memborong ikan bilis. Sedapnya ikan bilis bila buat jemput-jemput.
Aku ingat abis kursus habislah kerja. Rupanya tak. Esok aku dan guru-guru data daerah hulu langat berkumpul untuk mengemaskini data untuk DOSR ini supaya bulan 10 nanti penolong-penolong kanan ini akan membawa data yang terkini dan lengkap bagi setiap sekolah. Pening kepala bila memikirkan data.
Peserta-peserta kursus DOSR daerah Hulu Langat
Guru data, hebatnya. Saya berasa setiap guru data adalah guru hebat dan patut dianugerahkan jasa mereka. Saya pernah menggantikan kawan saya sebagai gurudata kerana dia cuti bersalin. Pada waktu itu, baru saya tahu betapa beratnya kerja guru data. Menurut blog kak, saya tahu kak adalah guru data yang cemerlang. Syabas!
ReplyDeleteKerja memang tak habis sepanjang tahun.
ReplyDeletePendek kata, buat saja lah..
Tapi Su, nak beritahu nie,
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
pasti dalam genggamanmu.
(Ke dah terima dah? Huhuhu)
kursus di pangkor?? sebelum ini saya juga ke sana kerana kursus LADAP...
ReplyDeleteSeronok juga di sana...
sambil berkursus, sambil membeli ikan bilis yang terkenal di sana ;))
manying,
ReplyDeletekursus Ladap kat pangkor? Bestnya!!!
Ni sekolah asyik buat ladap kat sekolah je....boringnya balik-balik asyik tengok kerusi meja yang ada kat sekolah. Paling jauh pun buat kat Bangi.. Sekali sakala buat ladap jauh-jauh barulah terbuka mindakan...sambil berkursus sambil membeli belah...itu yang paling best....
Chwee Hwa,
ReplyDeletebelum ada rezeki lagilah....ramai lagi yang buat kerja bagus....anugerah ni tak kisah dapat lambat pun yang penting PTK dah lulus dapatIV dan dah dapat kenaikan gaji....horreyyyy!!!!
akak tahu su memang rajin. sebab tu dipilih menjadi guru data. orang yang slow macam akak ni kalau dipilih jadi guru data, jawabnya tak berdatalah murid-murid kat sekolah tu. su, teruskan perjuanganmu...jangan pening-pening kepala.
ReplyDeleteselamat menjalankan tugas harian
ReplyDeletesesuatu yang kita lakukan dengan ikhlas , pastinya kita akan merasa puas dan gembira.
kursus di luar persekitaran sekolah, sesekali memang seronok. dapat timba pengalaman dan pandangan baru.
selamat maju jaya..
Memang bukan senang kerja guru data. Selalu data data data data data sampai tak tahan dah.
ReplyDeleteMoga-moga su kian hari kian mahir menguruskan data yang tak habis-habis tu.
Suatu hari nanti data data data data data data itu menjadi tak da apa. :-)