Aku impikan diriku
Yang sentiasa ghairah bertasbih
Mengadu rindu kepadaNya
MengasihiNya sepenuh jiwa
dan raga
mencintaiNya sekuat hati
Aku impikan diriku
Yang sentiasa mengalirkan
air mata
Akibat rindunya aku kepada
penciptaku
Akibat malunya aku kerana sering
berbuat maksiat
Akibat segannya aku kerana
sering menipu
Kecintaanku kepadaNya
Aku impikan diriku
Yang hatinya sentiasa bergetar
Apabila nama Tuhanku disebut
Jantungku berdegup kencang
Bila disebut azabnya
Tetapi tenang semula
Bila dicerita kasih sayangNya
Yang Maha Luas
Aku impikan diriku
Yang sentiasa bertawakal padaNya
Yang Maha Mengetahui apa yang
terbaik buat diriku
Maha Suci dari menzalimiku
Kerana Dia penciptaku
Yang penuh dengan kecintaan
kepada makhluknya
No comments:
Post a Comment