Hai kawan-kawan...
Tak sangka kan kita dah habis semester 6. Pelbagai suka dan duka yang kita harungi bersama sepanjang semester 6 ini. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua pensyarah yang tidak jemu-jemu mengajar dan mencurahkan ilmu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah semester 6 seperti Dr Arbaie, Dr Zaid, Dr Nik Rafidah dan juga Dr Normaliza.
Pengalaman suka dan duka sepanjang semester 6 ini membuatkan saya lebih tabah menghadapi cabaran sebagai seorang pelajar yang belajar pada waktu malam dan bekerja pada siang hari. Walaupun kadang kala rasa hilang semangat tapi memikirkan telah banyak yang dikorbankan perjuangan harus diteruskan hingga ke garisan penamat. Tambahan pula hubungan yang makin erat di kalangan rakan-rakan belajar dan pensyarah sedikit sebanyak menaikkan kembali semangat yang mula goyah. Terima kasih teman dan pensyarah.
Semester ini pengalaman yang tidak boleh dilupakan mestilah semasa kelas Dr Normaliza. Ingatkan semester 6 ni tak jumpa dah dengan Dr Normaliza tapi agaknya jodoh tu kuat maka bertemulah sekali lagi dengan Dr Normaliza. Bila tengok nama Dr Normaliza sebagai salah seorang pensyarah untuk semester 6 ni aku dah mula terbayang betapa akan banyaklah kerja yang akan diberi oleh dr. Rasa berdebar-debar menunggu ketibaan dr semasa kelas yang pertama. Aku masih ingat lagi dr kata ‘tulah mengutuk lagi aku semester lepas kan dah jumpa semula semester ni’. Kami tak mengutuk dr tau cuma cakap-cakap manja je...tu pun yang baik-baik je tentang dr.
Semester ini subjek dr banyak memberi cabaran kepada saya dan rakan-rakan. Bayangkan saya dan rakan-rakan pernah balik pukul 1.00 pagi gara-gara nak menyiapkan tugasan yang dr beri. Bukan sekali tapi dua kali kami terpaksa balik lewat kerana menyiapkan tugasan kumpulan. Kali pertama semasa menyiapkan tugasan esei sebanyak 30 muka surat dan kali kedua semasa menyiapkan powerpoint tentang lagu dan liriknya. Tak pernah kami balik lewat sampai pukul satu. Tapi kerana dr nak tugasan itu dihantar cepat maka terpaksalah kami berkampung kat upm. Suami masing-masing dah susah hati kerana isteri tak balik-balik lagi. Oleh kerana sudah larut malam maka kami telah membahagikan tugas dan menggabungkan melalui email dan menghantarnya kepada dr melalui email. Inilah yang dr mahu pelajar-pelajarnya menggunakan pengetahuan it. Yelah sebelum ini jarang masing-masing menggunakan email. Kalau ada pun tak aktif jadi bila begini berfungsi jugalah email. Sampai sekarang apa-apa bahan yang saya perlu saya minta rakan-rakan lain emailkan. Kak huda dan kak nor lah yang selalu jadi mangsa menghantar email kepada saya. Sori ye kak bukan nak mendera tapi nak menambah ilmu.
Tugasan kumpulan yang kedua juga memeningkan kami. Semuanya kerana kami terpaksa menyelarikan lirik dan lagunya dalam persembahan powerpoint. Prosesnya agak rumit dan memakan masa. Kadang kala lirik yang dibuat tidak keluar bersama-sama lagunya. Ada yang tercepat dan ada yang terlambat. Kumpulan kami pula telah memilih lagu yang agak panjang iaitu Bonda. Kami tak sangka kami kena menyediakan slaid bagi setiap baris lagu sampai habis. Hanya Allah je yang tau betapa tensionnya bila buat tugasan tu. Nasib baiklah dr menerima hasil kerja kami itu. Ada juga kumpulan yang dr tak terima persembahannya dan terpaksa buat semula. Terima kasih dr...pas ni bolehlah buat cd karaoke.
Selain itu saya juga belajar ilmu tentang facebook. Daripada tak tahu apa-apa tentang facebook, kini saya dah pandai berfacebook, dapat jugalah berkenal-kenalan dengan rakan baru. Dalam facebook ini pun dr. tetap memberikan kami tugasan iaitu mencipta 20 pantun 2 kerat, membalas pantun kawan-kawan, mencipta teka teki dan menjawab teka-teki kawan-kawan.
Selain itu aku dan rakan-rakan juga dikehendaki membuat kaji selidik. Lagi seminggu nak exam aku lihat ada kawan-kawan yang sudah siap. Sedangkan aku tak buat apa lagi. Melalui contoh soalan kaji selidik yang dibuat oleh rakan-rakan dapatlah memberi ilham kepada aku untuk menyiapkan tugasan ini. Hari ni pun aku belum menghantar tugasan ini dan akan hantarnya pada hari isnin (malam) kepada bersama-sama beberapa kawan yang lain.
Selain itu semester ini juga kami diarahkan mengaktifkan kembali blog dan menghantar komen blog kawan-kawan. Tugasan yang pertama tentang blog ialah dr. tulis sajak dalam blog dr dan kami kena komen sajak dr. itu dalam bentuk sajak juga. Selepas tu kami kena pula cipta sajak dalam blog sendiri dan menghantar komen sajak dalam blog kawan-kawan dengan sajak juga. Satu cabaran yang sangat besar sebab aku tak pandai nak tulis sajak. Dah lah kena komen sajak kawan dengan sajak juga..cabaran-cabaran... selain itu kami juga dikehendaki menghantar, mencipta, menulis dan sebagainya dalam e-sastera yang merupakan satu laman untuk orang ramai mendapatkan maklumat dan bertukar-tukar pendapat tentang sastera.
Selain itu banyak lagi tugasan lain yang diberi dr seperti menulis cerita hantu dan kanak-kaank. Oleh kerana dr baik hati maka sepanjang ramadhan kelas tidak ada. Jadinya sebarang hebahan adalah melalui blog dr. Sesiapa yang jarang buka blog dr akan ketinggalan info yang dr masukkan. Macam cerita kanak-kanak nasib baiklah kak huda memaklumkan kepada aku tentang tugasan ini. Barulah aku masuk blog dr dan mendaftar cerita kanak-kanak. Tapi disebabkan terlewat mendaftar maka aku terpaksalah mendaftar untuk cerita yang berumur tujuh tahun. Untuk menbuat cerita tu bukan sebarangan kerana dr telah menetapkan beberapa criteria yang harus dipatuhi. Dr juga telah menghadkan untuk sesuatu kategori umur hanya sepuluh orang sahaja. Daripada cerita hantu yang dibuat di blog dr barulah aku mengetahui bahawa kak habsah juga satu maktab dengan aku. Semuanya gara-gara dia membaca kisah hantu aku di blog dr.
Bagi saya kursus ini banyak kerjanya. Ini kerana dr lebih menitikberatkan kerja praktikal daripada teori. Dr mahu pelajar-pelajarnya celik IT maka sebab itulah dr lebih suka memberi kerja praktikal. Walaupun kadang kala rasa tension juga tetapi memikirkan faedah yang diperolehi maka sedaya upaya cuba menyiapkan tugasan yang diberi. Sebenarnya banyak yang dapat dipelajari menerusi tugasan praktikal ini berbanding dengan mempelajari teori. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dr kerana memberikan saya ilmu yang berguna ni. Walaupun dr nampak garang tapi sebenarnya dr baik hati....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment