Setiap orang ada ayah..kerana ayah dan juga ibu kita lahir ke dunia ini. Banyak jasa mereka yang tidak terhingga sejak dari kita lahir sampailah sekarang. Aku telah kehilangan ibu sejak 3 tahun yang lalu. Jadinya sekarang apa-apa pertolongan aku akan minta daripada ayah. Kadang kala rasa bersalah juga apabila meminta pertolongan tapi apakan daya aku terpaksa.
Sekarang ayah dah tak bekerja. Sejak dia didapati menghidap darah tinggi, aku dan adik tidak membenarkan dia bekerja. Bukan apa sebab kerja dia memerlukannya untuk memanjat lori yang besar. Bimbang dengan risiko takut dia terjatuh semasa memanjat lori tambahan pula dia selalu rasa nak gelap mata makan aku dan adik menyuruh dia berhenti kerja. Tambahan pula adik aku telah berjanji akan memberi duit kepada ayah sebanyak gaji yang dia terima semasa bekerja. Aku cuma dapat bagi setakat yang aku mampu jelah...Bila sekarang ni dia dah tak bekerja maka banyaklah masanya. Duduklah dia di rumah menjadi surirumah...Ayah duduk ngan adik..jadi dia akan masak dan membasuh untuk mengisi masa lapang.
Baru-baru ni akau terpaksa meminta pertolongan dari ayah. semuanya kerana aku terpaksa menyertai rombongan sekolah dan anakku iaitu haikal tak de orang nak jaga. Nak hantar taska hanya sampai pukul dua sahaja. selepas pukul dua tak ada siapa yang nak ambil. Suami ku pula sibuk dengan kerjanya. Jadi nak tak hendak aku pun call dan tanya ayah. Alhamdulillah aku diberi kelapangan dan ayah aku setuju untuk datang. Aku call dia hari jumaat malam dan pagi sabtu yang aku kena pergi rombongan itu ayah aku sampai. kesian juga sebab dia terpaksa keluar awal pagi dan menaiki bas untuk datang ke rumah aku. Nasib baik suami aku lambat pergi kerja bolehlah dia jemput ayah kat perhentian bas. Mulanya ayah aku ingat nak duk sehari je...maknanya hari ahad tapi bila aku cerita yang aku nak periksa ayah terus tangguhkan waktu dia nak balik. Dia akan balik selepas aku habis periksa...Terharunya aku dengar. Walaupun sebenarnya apa yang dia buat itu adalah untuk cucu kesayangannya. Dia tangguhkan waktu baliknya sebab kesian cucu dia kena tinggal kat rumah orang dan dia juga tak nak aku kelam kabut nak antar anak dan nak pergi periksa. Terima kasih ayah....
Kalau untuk cucu ayah aku sanggup buat apa sahaja. Bila cucu dia kata dia cuti sekolah minggu depan dan aku pula terpaksa bekerja ayah aku sanggup nak datang lagi. Bukan apa ayah aku seperti juga ayah orang lain yang tak boleh duduk rumah anak lama-lama. bila aku abis je periksa dia terus nak balik dan datang semula sedangkan pada minggu depan dia sepatutnya pergi check darah. Semuanya kerana cucu dia tak de orang nak jaga. Nasib baiklah anak aku tak jadi cuti minggu depan (salah maklumat teacher dia yang cuti sampai selasa bukan dia) jadinya tak perlulah ayah aku nak berulang ke rumah aku. tapi dia kata akan datang juga lagi selepas dia balik dari PD dan selepas dia balik dari rumah adik aku yang ketiga. Maklumlah haikal cucu kesayangan. Sampai dia pernah cakap dengan aku jangan nak tinggal barang kat rumah...kalau nak tinggal pun tinggal haikal je..
Minggu depan ayah akan ke PD sebab adik ipar aku ada kursus kat sana. Dia minta ayah aku tolong jaga anaknya...Maknanya ayah aku kena jaga cucu dia lagi..kesiannya kat ayah aku..selalunya nenek yang jaga cucu tapi ni atuk pula yang kena jaga cucu. Tambahan pula anak adik aku yang nombor dua ni dia tak nak dengan orang lain atuknya sahaja yang dia 'ngam'. Tu sebab adik aku terpaksa meminta pertolongan daripada ayah aku. Nasib baiklah atuk korang pandai jaga cucu.
Bila dengar ayah duduk kat rumah aku sampai seminggu adik aku yang nombor tiga pun jeles. Dia nak ayah datang ke rumahnya pula..dan untuk berlaku adil ayah akan pergi selepas balik dari PD dan selepas itu dia akan ke rumah aku lak...Kali ni saja-saja je pergi....
Bukan niat nak menyusahkan ayah tapi ayah rela melakukannya kerana CUCU yang dia sayangi. Sekarang anak jatuh nombor dua yang paling utama ialah cucu-cucu kesayangannya. Terima Kasih Ayah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment